JellyPages.com

Tuesday, July 15, 2014

IBU BAPA

Assalamualaikum semua ! ^_^

bertemu kembali kita ye.. okay tajuk seterusnya, IBU BAPA. Ibu Bapa adalah orang tua kita yang menjaga, mendidik, mengasuh, memberi kita segala keperluan yang kita perlukan dari kita kecil sehinggalah dewasa. Janganlah kita lupa tentang jasa daan pengorbanan yang mereka lakukan terhadap kita sejak kita bayi lagi. kenangkan kembali bila seorang ibu sedang bertarung nyawa untuk melahirkan kamu, mahu kamu melihat dunia ini sepertinya. keperitan yang dilalui ketika bertarung bertukar senyuman pabila melihat tangisanmu wahai sayang. hargai mereka ketika masih ada. buat mereka yang sudah kehilangan ibu bapa, tabahkanlah hati anda. lakukan sesuatu amalan yang boleh kita pos pahala untuk mereka di dalam kubur. jangan lah kita seksa mereka dengan perlakuan kita di dunia ini. mengikut islam, menjadikan perbuatan baik terhadap ibu bapa, sebagai kedudukan kedua setelah iman kepada ALLAH, beerti perbuatan derhaka kepadanya termasuk dosa besar. Maka Islam memberikan hak-hak yang yang istimewa bagi kedua  ibu bapa, dan menghormatinya merupakan kewajipan. Meskipun seorang wanita disibukkan oleh berbagai kewajipan rumah tangganya sendiri, maka jangan lah lupa tentang kewajipan ini. Dia tidak boleh membatasi diri untuk berbuat kebajikan kepada ibu bapa, sebaliknya harus berusaha berbuat baik dengan sentiasa mengunjungi dan mengasihinya. Maka ALLAH berfirman bermaksud :
" Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah", dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : " wahai Tuhanku, kasihilah mereka berdua, sebagaimana mereka telah mendidikku waktu kecil."

                                                                                                                     (Al-Isra': 23-24)

Janganlah kamu membuat ibumu menangis, kerana setiap titisan air matanya, terlukanya hati dia disebbkan kamu, selangkah kamu ke nereka. sekali kamu tidak mengendahkan apabila dia memanggilmu, bergegar pintu neraka. beringatlah, syurga kita dibawah tapak kaki ibu. bagi lelaki, syurgamu tetap dibawah telapak kaki ibu meskipun kamu sudah bernikah, manakala perempuan syurgamu di bawah telapak kaki suamimu setelah kamu berkahwin kelak. bagi perempuan sanggupkah kamu menjadikan ayahmu sebagai kayu api neraka? diseksa didalam kubur kerana  perbuatanmu semasa kamu hidup ini ? mahukah kamu ? kalau rasa ta na ayah kamu diseksa, jauhilah perkara yang dilarang, perkara yang menimbulkan kearah maksiat serta zina, dan tutupilah tubuhmu dengan pakaian yang longgar dan menutup aurat. ikhlaskan hatimu dalam melakukan apa jua permintaan orang tuamu. masa mereka hidup berbakti dan buatlah mereka gembira, ada hikmahnya apabila kita mengorbankan segala keinginan kita untuk memenuhi permintaan mereka.. bersabarlah, ALLAH telah aturkan segalanya. petikan tadi saya ambil dari buku "wanita berhias dan menjaga diri m/s 25." sekian terima kasih, harap post ini bermakna untuk anda menjadikan panduan. :) Assalamualaikum......

No comments:

Post a Comment