JellyPages.com

Thursday, July 17, 2014

C-I-N-T-A J-A-R-A-K J-A-U-H

ASSALAMUALAIKUM... HYE SEMUA ^_^ !


Nampak macam aku happy an ? tajuk  pun macam best kan ? urm.. na share something, mungkin pendapat, mungkin apa yang aku alami sekarang, mungkin angan-angan, mungkin jua impian .. :)



Lihatlah peta malaysia tu .. semenanjung terpisah dengan sabah mahupun sarawak. ia dipisahkan oleh laut china selatan. Bercinta jarak jauh ? sorang semenanjung, sorang lagi sabah or sarawak ? mampukah ia bertahan ? bercinta jarak jauh sebenarnya menguji keyakinan, kesetiaan, kepercayaan antara satu sama lain. percayalah, bila bercinta jarak jauh nih ada hikmahnya. mungkin sekarang kita ta nampak, esok lusa kalau jodoh kita kuat, ALLAH satukan kita, tambahan pula, kita yakin, kita percaya, kita setia dengan pasangan kita, manisnya rumah tangga, subhanAllah hanya Allah yang mengetahui apa yang tergambar dalam hati. mungkin aku tiada pengalaman, tapi ini berdasarkan apa yang aku lihat. bila kita bercinta jarak jauh, kita jaga batas, jarang jumpa, hanya berhubung melalui whatsapp, texting mesej, calling, wechat, beetalk, line, kakaotalk, facebook, twitter, dan macam-macam la.. banyok sangat aih, ta tertaip aku. Rindu sangat, webcam macam orang yang duduk oversea. seronok sebenarnya. ta ramai yang dapat ujian dan diuji sebegini. kira beruntung seseorang itu bila diduga macam nih, ALLAH ta kejam, ALLAH bukan na menyeksa kita, ALLAH bukan ta sayang pada kita. ALLAH sayang, sayang sangat, sebab tu kita diuji. dalam hidup seorang manusia, hamba ALLAH, kita sentiasa diuji. cinta kita ditolak pun, itu dinamakan ujian. dan ta semestinya bercinta antara semenanjung dengan semenanjung tu ta diuji.. sama je. depends pada orang tu juga. kalau jenis yang ta reti bersyukur, ta reti na menghargai, yang hanya tahu mencari kepuasan hidup didunia sahaja, bercinta dengan orang negeri mana sekalipun, dia tetap sama. sampai satu saat dia terduduk, tersungkur, menyesal atas segalag tindak tanduknya yang dulu, baru dia tahu menghargai orang. setiap manusia mesti ada kisah silam, kisah lampau. sebab dalam dunia nih, ta de yang sempurna melainkan orang tu berlagak sempurna, diri dia ta pernah buat slah. kenapa perlu mengungkit kisah silam pasangan ? rasanya ta perlu, kalau dia rasa, dia na story dengan kita, itu dah kira bersyukur la, atleast dia percaya kita boleh terima dia. yang ta bercerita tu, jangan la ingat dia ta percayakan kita, dia percaya tapi bagi dia mungkin kita ta perlu tahu dan bila kita tahu ia akan merosakkan lagi hubungan yang sedang dibina. husnudzon dan bersangka baiklah terhadap pasangan anda, jangan selalu bersangka buruk, otak kita akan selalu set negatif tentang dirinya. beri peluang padanya, jangan cepat buat keputusan. think positive. if ada problem, solve cepat-cepat bukan kalut-kalut. kelaut nanti. sayang berpada-pada, percaya bukan 100%, setialah pada yang satu, jangan curang bila  dh berpunya. jangan terlalu tunduk, sedangkan kita bukan hak milik dia yang sah. kalau takut dirembat orang, ikat lah dengan ikatan yang sah iaitu pernikahan. bila kita niat kita na kahwin awal, menangis syaitan. kerana kahwin awal itu yang digalakkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kahwin awal boleh mengelakkan zina, lambakan maksiat dan pembuangan bayi.. aishh ! dah macam lari topik dah nih.. next topik la kita kupas tentang  itu pula.

 dear  my future zauj, somebody i love, where ever you go, i'll trust you, i love you, i'll never forget. percayalah ketentuan Ilahi. jangan tolak takdir. seandainya ada jodoh antara kita, syukur alhamdulillah.. bersangka baiklah, kita sedang diuji. kenal antara satu sama lain, diberi peluang untuk mengenal hati budi, samping itu, persiapkan dirimu dengan agama, langkah kakimu untuk menuju kebahagiaan yang ingin kamu gapai. aku tunggu rombongan darimu .. :)
Assalamualaikum..............

No comments:

Post a Comment