JellyPages.com

Saturday, July 19, 2014

TERDUDUK

ASSALAMUALAIKUM........


ta tahu na mulakan bagaimana, ayat apa yang sesuai. yang tahu menangis, itu je yg mampu aku buat. kelu lidah tidak berbicara. tergamam seketika. bangun la hana,, please.. senyumlah.. be strong please.. kuatkan semangat, stop crying.. mungkin salah aku agaknya.. hahahahaha so stupid la hana.. bila dah sayang seseorang, kau kena setepek. sampai tersungkur kau kan. macam mana na lawan perasaan nih ? macam mana na lenyapkan ? hari-hari aku ingat dia, sayang tu makin lama, makin bertambah. apa yang patut aku buat? back to your world, back to reality ana. u never get what u want, what you love. that's true. Ya ALLAH ! bantulah hambaMU ini.. apakah yang patut aku lakukan ? salah ke apa yang aku buat ? berterus terang dari memendam? kalau itu salah, so next time, i'll keep in my heart and my mind. nobody can knows until forever.. lebih baik tanggung seorang diri biarpun terseksa kan.. daripada aku tergamam, terkedu sampai ta tahu na cakap apa.. mom.. salah ke seandainya anakmu ini mencintai seseorang ? aku ta pandai na bermadah-madah, aku cakap apa yang aku rasa. aku ta pandai na cover line. even aku sorok, orang akan tahu. saya sayang awak.. menyayangi seseorang tu memang sakit kan.. apatah lagi bila seseorang ta mampu untuk belajar menerima seadanya diri kita. hati ini ibarat retak beribu, don't know what i must to do, what i must saying. belajar terima hakikat ana, awak takkan pernah dapat kebahagiaan, awak takkan pernah rasa disayangi.. mom,, i surrender in love.. sakit sangat.. air mata sentiasa mengalir, aku ta menyesal, utk apa aku menyesal bila sayang seseorang. perasaan tu down sangat, sampai ta terluah. YA ALLAH ! andai dia milikku, andai dia jodoh ku, rapatkanlah aku dengannya dan satukanlah kami dengan ikatan yang sah.. dan jika dia bukan milikku, pisahkan kami dengan cara yang elok tanpa ada persengketaan. mungkin aku ta layak untuk kamu. ta layak untuk berdampingan denganmu. ajal maut, ALLAH yang tentukan, mana tahu esok lusa sampai lah ajalku, minta maaf atas segalanya. harap dimaafkan dan halalkan segalanya.. assalamualaikum... :)

Thursday, July 17, 2014

C-I-N-T-A J-A-R-A-K J-A-U-H

ASSALAMUALAIKUM... HYE SEMUA ^_^ !


Nampak macam aku happy an ? tajuk  pun macam best kan ? urm.. na share something, mungkin pendapat, mungkin apa yang aku alami sekarang, mungkin angan-angan, mungkin jua impian .. :)



Lihatlah peta malaysia tu .. semenanjung terpisah dengan sabah mahupun sarawak. ia dipisahkan oleh laut china selatan. Bercinta jarak jauh ? sorang semenanjung, sorang lagi sabah or sarawak ? mampukah ia bertahan ? bercinta jarak jauh sebenarnya menguji keyakinan, kesetiaan, kepercayaan antara satu sama lain. percayalah, bila bercinta jarak jauh nih ada hikmahnya. mungkin sekarang kita ta nampak, esok lusa kalau jodoh kita kuat, ALLAH satukan kita, tambahan pula, kita yakin, kita percaya, kita setia dengan pasangan kita, manisnya rumah tangga, subhanAllah hanya Allah yang mengetahui apa yang tergambar dalam hati. mungkin aku tiada pengalaman, tapi ini berdasarkan apa yang aku lihat. bila kita bercinta jarak jauh, kita jaga batas, jarang jumpa, hanya berhubung melalui whatsapp, texting mesej, calling, wechat, beetalk, line, kakaotalk, facebook, twitter, dan macam-macam la.. banyok sangat aih, ta tertaip aku. Rindu sangat, webcam macam orang yang duduk oversea. seronok sebenarnya. ta ramai yang dapat ujian dan diuji sebegini. kira beruntung seseorang itu bila diduga macam nih, ALLAH ta kejam, ALLAH bukan na menyeksa kita, ALLAH bukan ta sayang pada kita. ALLAH sayang, sayang sangat, sebab tu kita diuji. dalam hidup seorang manusia, hamba ALLAH, kita sentiasa diuji. cinta kita ditolak pun, itu dinamakan ujian. dan ta semestinya bercinta antara semenanjung dengan semenanjung tu ta diuji.. sama je. depends pada orang tu juga. kalau jenis yang ta reti bersyukur, ta reti na menghargai, yang hanya tahu mencari kepuasan hidup didunia sahaja, bercinta dengan orang negeri mana sekalipun, dia tetap sama. sampai satu saat dia terduduk, tersungkur, menyesal atas segalag tindak tanduknya yang dulu, baru dia tahu menghargai orang. setiap manusia mesti ada kisah silam, kisah lampau. sebab dalam dunia nih, ta de yang sempurna melainkan orang tu berlagak sempurna, diri dia ta pernah buat slah. kenapa perlu mengungkit kisah silam pasangan ? rasanya ta perlu, kalau dia rasa, dia na story dengan kita, itu dah kira bersyukur la, atleast dia percaya kita boleh terima dia. yang ta bercerita tu, jangan la ingat dia ta percayakan kita, dia percaya tapi bagi dia mungkin kita ta perlu tahu dan bila kita tahu ia akan merosakkan lagi hubungan yang sedang dibina. husnudzon dan bersangka baiklah terhadap pasangan anda, jangan selalu bersangka buruk, otak kita akan selalu set negatif tentang dirinya. beri peluang padanya, jangan cepat buat keputusan. think positive. if ada problem, solve cepat-cepat bukan kalut-kalut. kelaut nanti. sayang berpada-pada, percaya bukan 100%, setialah pada yang satu, jangan curang bila  dh berpunya. jangan terlalu tunduk, sedangkan kita bukan hak milik dia yang sah. kalau takut dirembat orang, ikat lah dengan ikatan yang sah iaitu pernikahan. bila kita niat kita na kahwin awal, menangis syaitan. kerana kahwin awal itu yang digalakkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kahwin awal boleh mengelakkan zina, lambakan maksiat dan pembuangan bayi.. aishh ! dah macam lari topik dah nih.. next topik la kita kupas tentang  itu pula.

 dear  my future zauj, somebody i love, where ever you go, i'll trust you, i love you, i'll never forget. percayalah ketentuan Ilahi. jangan tolak takdir. seandainya ada jodoh antara kita, syukur alhamdulillah.. bersangka baiklah, kita sedang diuji. kenal antara satu sama lain, diberi peluang untuk mengenal hati budi, samping itu, persiapkan dirimu dengan agama, langkah kakimu untuk menuju kebahagiaan yang ingin kamu gapai. aku tunggu rombongan darimu .. :)
Assalamualaikum..............

H-A-K M-I-L-I-K O-R-A-N-G

ASSALAMUALAIKUM...........


Hye semua ! this is bad news.. semua harta  barang aku, kau na rembat.. melampau la ! kau ingat aku nih orang kaya ke macam kau, pakai barang mewah-mewah ! aku na beli guna duit aku la, bukan guna duit mak ayah ! hasil titik peluh aku sendiri, aku sayang harta benda aku ! kau dengan muka ta tahu malu, selamba badak kau, kau rembat semua barang aku jadi hak milik kau.. kau anak pensyarah kan, takkan gelang, kad touch n go, kereta, mak bapak kau ta leh bagi. dahlah buat aku macam drebar kau ! kau ingat aku nih kuli batak kau ke ? kau tahu ta aku sayang kereta aku tu.. aku tolong amik kau kt stesen bas tu kira bagus la, nih ta kau hempas kereta aku, kau ta ucap terima kasih pun.. kau bermasam muka dengan aku adalah .. what the ?!! kau sama spesies dengan manusia yang pernah aku kenal, yang hanya berkawan dengan aku untuk mempergunakan aku.. stop it la, kau tahu aku ta mampu na lawan kawan-kawan aku, kau tahu aku susah na ucap ta boleh atau tolak permintaan kawan-kawan, kau tahu aku susah na marah kalau orang buat pasal dengan aku. aku diam ,  lagi kau pijak kepala ! meyy aku pijak kepala kau sampai terkeluar otak kau, aku cuci otak kau, hati kau dengan air zamzam, bagi suci sikit.. puas hati aku ..aku berlembut sebab aku na puaskan hati korang.. tapi sampai bila aku na jaga  hati orang ? orang sikit pun ta jaga hati aku.. tolong la, jauhkan diri kau dari aku, aku ta boleh tengok ! sebelum tangan aku naik  kt muka kau, lebih baik kau berambus ! huh! menguji kesabaran sungguh.. k la,  nanti sambung, sorry luahan perasaan.. nih je yang mampu buat.. assalamualaikum... :)

Wednesday, July 16, 2014

CORETAN ISI HATI

ASSALAMUALAIKUM ........................ :)


Hye, jumpa lagi ! Urm, mesti tertanya-tanya kan apa lagi yang akan aku ceritakan harini. Laju jari ini menari di atas papan kekunci lappy ku, tanpa aku sedari aku mula mencoret apa yang ada dala hatiku. kenapa seringkali hatiku berdetak bagai na gila apabila teringatkan dirimu ? apakah ini yang dinamakan cinta? bergetar naluriku, apabila bibirku bergerak mengikut rentak namamu. siapakah dia? insan yang teristimewa yang berjaya menambat hatiku. perkenalan yang agak singkat membuatkan aku rasa selesa apabila berinteraksi dengannya. tapi malangnya kami berbeza. mungkin aku tidak setaraf dengannya, mungkin aku tidak layak untuknya. ibarat langit dan bumi, sukar untuk disatukan. begitulah aku dengan dirinya. sayangkan, aku ta mampu untuk menggapai dirimu, hanya angan-angan yang mampu buat aku tersenyum. adakah segala anganku mampu menjadi kenyataan ? adakah ia hanya terkubur dan lenyap begitu sahaja ? mungkin benar kata orang, kita takkan dapat gapai sesuatu yang kita mustahil untuk dapatkannya. mungkin kah aku seperti itu? perasaan sayang mula mekar dalam diri ini, hati ini mula dihiasi dengan bunga-bunga cinta. tapi sampai bilakah aku perlu memendam perasaan ini ? saya ta mampu na ungkap dengan kata-kata sayang pada awak, saya ta mampu na cakap I LOVE YOU pada awak, saya hanya mampu mengalirkan air mata tiap kali saya memikirkan awak. memang saya ta na bercinta, tapi saya ta boleh halang perasaan itu terus datang. apa yang harus saya lakukan ? adakah patut saya biarkan awak pergi ? biarkan perasaan ini lenyap untuk selamanya? awak mungkin ta faham. kadang-kadang saya berkias dengan awak. berat hati saya untuk mengaku apa yang ada didalam hati. kalau saya berterus terang, adakah awak akan terima saya ? adakah awak akan sayang saya seperti saya sayang awak ? adakah awak mempunyai perasaan yang sama seperti saya ? mungkin aku hanya mampu untuk melihat dari mendapatkan seseorang yang aku cinta, yang aku sayang. be strong ana. u can solve it  :).. Assalamualaikum .................

Tuesday, July 15, 2014

CIKGU TADIKA

Assalamualaikum.. :)

Korang apa khabar ? sihat ? urm.. harini cerita tentang CIKGU TADIKA . mesti tertanya-tanya kan kenapa aku na cakap pasal cikgu tadika. before that, aku na cerita sikit tentang study aku, korang mesti ta tahu kn. okay, aku belajar dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris, course Pendidikan Awal Kanak-kanak.. aku belajar segalanya tentang kanak-kanak, keluarga, persekitaran kanak-kanak, masyarakat, bayi dan yang seangkatan dengannya. sebenarnya aku kurang minat dengan jurusan nih tapi atas permintaan ibu dan ayah, ku turutkan sahaja. selagi itu yang mampu buat dorang bahagia, gembira, akan aku turutkan. hidup aku umpama itik yang menyusuri jalan sungai. sebab orang tua aku dah aturkan segalanya. beruntungkan ? bagi sesetengah orang, nampak macam ta de life kn. aku akui mula-mula macam ta de life sebab aku ta diberi peluang untuk buat apa yang aku inginkan, aku cita-citakan sejak dari kecil. tapi sejak aku masuk dunia kanak-kanak, aku mula belajar untuk terima segalanya. mula-mula agak sukar, kerana aku kena terima sesuatu yang aku ta suka. tapi bila orang sekeliling aku sentiasa bagi semangat utk aku teruskan, aku belajar menerima. seronok sebenarnya menjadi seorang guru nih tapi sentiasa dipenuhi dengan pelbagai cabaran. guru tadika paling mencabar. sebab kanak-kanak ibarat kain putih, yang tidak tahu apa-apa. kita sebagi ibu bapa mereka yang kedua perlu mencorakkan apa yang ada dalam hidupnya. bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab, tapi itulah yang perlu dilakukan. bila berhadapan dengan kanak-kanak, hatiku jadi tenang, seronok, damai. lagipun bila aku masuk kelas, ramai yang datang mengerumuni aku, peluk, bermanja, bercerita dan sebagainya denganku. terasa seperti mereka adalah anakku. duduk dengan mereka membuatkan aku terasa na ada anak sendiri tapi permintaan ayah untuk aku teruskan belajar sampai peringkat phD membuatkan aku berfikir dua kali untuk bercinta mahupun berkahwin. harapan seorang ayah diletakkan di bahu anak perempuan sulung kesayangannya. orang sentiasa berkata aku mampu buat, yes aku mampu buat tapi orang ta tahu apa yang aku lalui, hanya ALLAH yang mengetahui. aku korbankan segalanya kerana kasihkan ayah dan ibu. bila aku tanya " kenapa ibu dengan ayah na sangat kakak jadi cikgu ? " jawapan ibu amat menyayat hati. ibu cakap " kakak tengok sekarang, ibu jarang ada masa dengan kakak dan adik-adik. ibu sibuk kerja. ayah lagi sibuk, kakak pun jarang jumpa ayah kan. kadang-kadang kakak balik, kakak ta dapat jumpa ayah kn. ibu ta na kakak sibuk macam ibu. nanti anak-anak kakak akan jadi macam kakak, kakak faham kan apa yang ibu maksudkan ? lagipun ibu na kakak didik anak kakak nanti sama macam apa yang kakak belajar. ibu tahu  kakak boleh. ayah tahu anak kesayangan dia boleh buat. " mengalir air mata, jawapan yang betul-betul menusuk ke dalam hati. setiap manusia melalui jalan yang berbeza. apabila kita dilanda musibah, diduga seperti ini, bersabarlah, mungkin ada hikmahnya. ALLAH sedang menguji hambaNya. aku bangga memegang tittle " Cikgu Tadika " ! call me " CIKGU ANA " ;).. okay bye, continue later, assalamualaikum :)

I-M F-A-L-L I-N L-O-V-E ? MARRIED ?

Assalamualaikum, hye we meet again ! ;)


  I'm fall in love ? ta na bercinta mahupun bercouple tapi hatiku tertarik kepada seseorang. siapakah gerangan dia, biarlah ALLAH sahaja yang mengetahui. kalau ada jodoh dengannya, alhamdulillah. tapi kalau ta de, maksudnya bukan rezeki dan mungkin ALLAH dah kirimkan seseorang yang mampu membimbing diriku ini ke jalanNya dengan lebih sempurna. Acap kali pulang ke kampung halaman, bertemu saudara mara, waris-waris, pakcik makcik, soalan cepumas yang sering kali ku dengar, " Kakak bila na kawin ? ta de calon lagi ke ? " terkedu aku  na jawab. terkebil-kebil seketika memikir kan ayat. tiap kali ditanya sebegitu, jawapanku " tiada siapa yang sudi, masih solo, fokus study, study ta habis lagi. ada jodoh, ada rezeki ada lah. kalau orang tu berkenan, biarlah dia datang sendiri dengan rombongan, minta restu dengan ibu dengan ayah.. " sampaikan aku dah muak dengan jawapan aku sendiri, telinga pun dah lali dengar soalan yang sama berulang kali. tapi apakan daya, mulut oirang kita ta boleh na tutup. jawab jela selagi dorang bertanya. impian aku na berkahwin dengan orang dari sabah atau sarawak. impian je lebih, tapi ta tahu nanti dapat suami orang mana, bedal shaja lah, mana-mana pun ta kisah.. hahahaha :D.. bila tengok orang bercinta, nampak best je, tapi aku ta de feeling na bercinta. rasa kekok kalau aku bercinta bila dah lama solo nih. kalau boleh na terus nikah. kalau bercinta, sentuh-sentuh dapat dosa. kalau dah nikah, sentuh-sentuh dapat pahala. lagipun elakkan zina lebih baik kan. kadang-kadang aku terasa seronok bila tengok orang dah kawin, dah pregnant. termenung dan berangan seorang diri tu memang dah adat, tabiat bila bersendirian. alangkah indahnya aku dapat merasai seperti mereka. mungkin belum sampai lagi rezekiku. sabar menanti dan berharap dialah orangnya ;) .. okayy la, nanti kita smbung ye.. tralalalala bye, assalamualaikum ^_^

IBU BAPA

Assalamualaikum semua ! ^_^

bertemu kembali kita ye.. okay tajuk seterusnya, IBU BAPA. Ibu Bapa adalah orang tua kita yang menjaga, mendidik, mengasuh, memberi kita segala keperluan yang kita perlukan dari kita kecil sehinggalah dewasa. Janganlah kita lupa tentang jasa daan pengorbanan yang mereka lakukan terhadap kita sejak kita bayi lagi. kenangkan kembali bila seorang ibu sedang bertarung nyawa untuk melahirkan kamu, mahu kamu melihat dunia ini sepertinya. keperitan yang dilalui ketika bertarung bertukar senyuman pabila melihat tangisanmu wahai sayang. hargai mereka ketika masih ada. buat mereka yang sudah kehilangan ibu bapa, tabahkanlah hati anda. lakukan sesuatu amalan yang boleh kita pos pahala untuk mereka di dalam kubur. jangan lah kita seksa mereka dengan perlakuan kita di dunia ini. mengikut islam, menjadikan perbuatan baik terhadap ibu bapa, sebagai kedudukan kedua setelah iman kepada ALLAH, beerti perbuatan derhaka kepadanya termasuk dosa besar. Maka Islam memberikan hak-hak yang yang istimewa bagi kedua  ibu bapa, dan menghormatinya merupakan kewajipan. Meskipun seorang wanita disibukkan oleh berbagai kewajipan rumah tangganya sendiri, maka jangan lah lupa tentang kewajipan ini. Dia tidak boleh membatasi diri untuk berbuat kebajikan kepada ibu bapa, sebaliknya harus berusaha berbuat baik dengan sentiasa mengunjungi dan mengasihinya. Maka ALLAH berfirman bermaksud :
" Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah", dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : " wahai Tuhanku, kasihilah mereka berdua, sebagaimana mereka telah mendidikku waktu kecil."

                                                                                                                     (Al-Isra': 23-24)

Janganlah kamu membuat ibumu menangis, kerana setiap titisan air matanya, terlukanya hati dia disebbkan kamu, selangkah kamu ke nereka. sekali kamu tidak mengendahkan apabila dia memanggilmu, bergegar pintu neraka. beringatlah, syurga kita dibawah tapak kaki ibu. bagi lelaki, syurgamu tetap dibawah telapak kaki ibu meskipun kamu sudah bernikah, manakala perempuan syurgamu di bawah telapak kaki suamimu setelah kamu berkahwin kelak. bagi perempuan sanggupkah kamu menjadikan ayahmu sebagai kayu api neraka? diseksa didalam kubur kerana  perbuatanmu semasa kamu hidup ini ? mahukah kamu ? kalau rasa ta na ayah kamu diseksa, jauhilah perkara yang dilarang, perkara yang menimbulkan kearah maksiat serta zina, dan tutupilah tubuhmu dengan pakaian yang longgar dan menutup aurat. ikhlaskan hatimu dalam melakukan apa jua permintaan orang tuamu. masa mereka hidup berbakti dan buatlah mereka gembira, ada hikmahnya apabila kita mengorbankan segala keinginan kita untuk memenuhi permintaan mereka.. bersabarlah, ALLAH telah aturkan segalanya. petikan tadi saya ambil dari buku "wanita berhias dan menjaga diri m/s 25." sekian terima kasih, harap post ini bermakna untuk anda menjadikan panduan. :) Assalamualaikum......

Monday, July 14, 2014

F-R-I-E-N-D-S-H-I-P

Assalamualaikum....

  Topik harini adalah tentang " ERTI PERSAHABATAN ". Bagi korang, apa itu sahabat ? kawan sahaja kah ? kawan ada feeling3 kah ? kawan yang rapat kah ? atau kawan yang ada tatkala kita susah mahu pun senang? Dah semestinya kita akan jawab KAWAN YANG ADA TATKALA KITA SUSAH MAHUPUN SENANG, kn ? korang mesti ada BFF kn, bestfriend forever la, ta pun geng korang, geng yang sekepala dengan korang. mesti ada kn, tipu la kalau kata ta ada.. paling koman pun geng la, ta pun orang yg korg percaya untuk share masalah. macam mana ye  na tengok kawan kita tu boleh dibuat sahabat atau ta, kita tengok waktu kita susah, ada ta dia tolong ? dan waktu senang ada ke dia datang menempek semata-mata utk berhibur dengan kita .. na cari kawan tu memang senang.. berlambak kt luar sana boleh jadi kawan.. penyangak pun boleh jadi kawan. dia stil manusia, masih ada hati dan perasaan, masih boleh berubah tapi dengan bimbingan orang yang sentiasa ada dengannya bila dia jatuh. lagi satu bila kita na berkawan, seeloknya, ibu bapa kita tahu latar belakang sahabat kita, tahu no telefon sahabat kita. bila terjadi apa-apa pada kita,  contoh kita balik lambat, ibu bapa kita tahu na hubungi siapa. dekat dunia nih, macam3 jenis manusia, muka baik tapi perangai wallahuallam.. ALLAH shaja yg tahu. jangan kita judge orang dari luaran tapi berwaspada lah ketika memilih seorang kawan. stop sini dulu, nanti kita sambung dimasa akan datang dengan topik yang lain. ;) Assalamualaikum......

APPRECIATE ;)

Assalamualaikum.. hye ^_^ !

     Nih bukan sekadar gosip but this is the fact and must sharing with you all.. kita nih sebagai manusia yang hidup dalam bermasyarakat, perlu lah ada sikap toleransi antara satu sama lain, berkejasama, rasional, dan lain-lain yang seangkatan dengannya. tapi yang paling penting, HARGAILAH APA YANG MEREKA LAKUKAN. Setiap tindak tanduk kita sentiasa menjadi tayangan kepada orang lain. Apabila seseorang itu lakukan sesuatu perkara yang berguna seperti membantu kita tatkala dilanda kesusahan, hargailah. bukan memberi balasan. mereka tidak mengharapkan balasan tetapi balas lah dengan penghargaan, hargai.. itu shaja. bila kita ta menghargai apa jua pemberian dan pertolongan orang, jangan harap lepas nih kamu akan dibantu. rambut sama hitam tapi kita ta tahu apa yang ada didalam hatinya. tetapi seeloknya, bersangka baiklah kamu dengan mereka biarpun mereka membantu kamu dengan muka yang masam .. :) .. Jangan lupa ucap terima kasih. sepatah perkataan itu memberi makna biarpun hanya kata-kata. kita diajar dari kecil untuk mengucapkan TERIMA KASIH atas pemberian mahupun pertolongan dari orang. rasanya nih je kot.. nanti kita chit chat lagi ye.. assalamualaikum ;)

L-I-F-E

Assalamualaikum and hye to everyone !

ini keberapa kali entah blog  telah ku hasilkan. bosang aih, asyik lupa password je.. lepas tu stuck le ta ley na sign in :3.. btw, better i intro myself first.. nama aku sejak aku lahir pada tanggal 4 oktober 1994 di HBKL adalah NUR FARHANA BINTI AHMAD SUPIAN. Yang bermaksud CAHAYA KEGIRANGAN. so no wonder la, hidup aku riuh bagai na gila la sangat. mulut becok macam burung murai... hahahahha :D .. cousin aku panggil SENAH KEPOH .. member3 aku panggil "hana or ana " .. sedap an nama aku, sesedap mata melihat muka aku yang kiut miut nih.. hahahaha :D.. lawak ja.. urm.. apa lagi ye.. Study ? aku still study lgi, dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.. jadi orang perak la untuk 3 tahun nih...kihkihkih.. lagii ? Any question ? about status ,, urm itu no comment.. better single dari couple.. i'm just waiting somebody go to see my parents and talk that he want me to be her wife.. simple right ? .. Restu ibu bapa itu lah salah satu kunci kebahagiaan rumah tangga.. ;).. stop sini dulu la, nanti kita cot cet lagi ea... assalamualaikum...^_^