JellyPages.com

Tuesday, July 15, 2014

CIKGU TADIKA

Assalamualaikum.. :)

Korang apa khabar ? sihat ? urm.. harini cerita tentang CIKGU TADIKA . mesti tertanya-tanya kan kenapa aku na cakap pasal cikgu tadika. before that, aku na cerita sikit tentang study aku, korang mesti ta tahu kn. okay, aku belajar dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris, course Pendidikan Awal Kanak-kanak.. aku belajar segalanya tentang kanak-kanak, keluarga, persekitaran kanak-kanak, masyarakat, bayi dan yang seangkatan dengannya. sebenarnya aku kurang minat dengan jurusan nih tapi atas permintaan ibu dan ayah, ku turutkan sahaja. selagi itu yang mampu buat dorang bahagia, gembira, akan aku turutkan. hidup aku umpama itik yang menyusuri jalan sungai. sebab orang tua aku dah aturkan segalanya. beruntungkan ? bagi sesetengah orang, nampak macam ta de life kn. aku akui mula-mula macam ta de life sebab aku ta diberi peluang untuk buat apa yang aku inginkan, aku cita-citakan sejak dari kecil. tapi sejak aku masuk dunia kanak-kanak, aku mula belajar untuk terima segalanya. mula-mula agak sukar, kerana aku kena terima sesuatu yang aku ta suka. tapi bila orang sekeliling aku sentiasa bagi semangat utk aku teruskan, aku belajar menerima. seronok sebenarnya menjadi seorang guru nih tapi sentiasa dipenuhi dengan pelbagai cabaran. guru tadika paling mencabar. sebab kanak-kanak ibarat kain putih, yang tidak tahu apa-apa. kita sebagi ibu bapa mereka yang kedua perlu mencorakkan apa yang ada dalam hidupnya. bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab, tapi itulah yang perlu dilakukan. bila berhadapan dengan kanak-kanak, hatiku jadi tenang, seronok, damai. lagipun bila aku masuk kelas, ramai yang datang mengerumuni aku, peluk, bermanja, bercerita dan sebagainya denganku. terasa seperti mereka adalah anakku. duduk dengan mereka membuatkan aku terasa na ada anak sendiri tapi permintaan ayah untuk aku teruskan belajar sampai peringkat phD membuatkan aku berfikir dua kali untuk bercinta mahupun berkahwin. harapan seorang ayah diletakkan di bahu anak perempuan sulung kesayangannya. orang sentiasa berkata aku mampu buat, yes aku mampu buat tapi orang ta tahu apa yang aku lalui, hanya ALLAH yang mengetahui. aku korbankan segalanya kerana kasihkan ayah dan ibu. bila aku tanya " kenapa ibu dengan ayah na sangat kakak jadi cikgu ? " jawapan ibu amat menyayat hati. ibu cakap " kakak tengok sekarang, ibu jarang ada masa dengan kakak dan adik-adik. ibu sibuk kerja. ayah lagi sibuk, kakak pun jarang jumpa ayah kan. kadang-kadang kakak balik, kakak ta dapat jumpa ayah kn. ibu ta na kakak sibuk macam ibu. nanti anak-anak kakak akan jadi macam kakak, kakak faham kan apa yang ibu maksudkan ? lagipun ibu na kakak didik anak kakak nanti sama macam apa yang kakak belajar. ibu tahu  kakak boleh. ayah tahu anak kesayangan dia boleh buat. " mengalir air mata, jawapan yang betul-betul menusuk ke dalam hati. setiap manusia melalui jalan yang berbeza. apabila kita dilanda musibah, diduga seperti ini, bersabarlah, mungkin ada hikmahnya. ALLAH sedang menguji hambaNya. aku bangga memegang tittle " Cikgu Tadika " ! call me " CIKGU ANA " ;).. okay bye, continue later, assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment